Terkebil-kebil
mataku membaca pamphlet yang baru sahaja aku temui di atas jalan yang kulalui
tadi. Dan perlahan aku menelan air liurku. Gambar sebiji coklat yang berbentuk
hati itu kelihatan seperti sangat comel dan sangat lazat. Serius! Itu adalah
coklat paling menarik pernah aku nampak selama aku menjadi penggemar fanatik
coklat.
Okey,
ini tidak boleh jadi. Aku harus tidak! Aku WAJIB belajar macam mana untuk
membuat coklat ini. Aku mesti dapatkan rahsia di sebalik coklat itu yang
seperti memanggil-manggilku untuk aku jamahnya, untuk aku masukkannya ke dalam
mulut dan kemudian menikmati saat-saat ia cair di dalam mulutku. Oh, heaven!!
Pamphlet
di tangan kugenggam erat-erat seraya melajukan langkah ke arah Chocolaterie's
Lounge yang gagah tersergam di hadapanku. Sebaik sahaja tiba di muka pintu,
pantas sahaja tanganku menolaknya. Bunyi loceng bergema perlahan namun langsung
tidak aku hiraukan.
Pandangan
mataku tertancap pada belakang seorang lelaki yang kelihatan seperti sedang
memasukkan sesuatu ke dalam beg. Seketika kemudian lelaki itu berpaling. Dan
saat itu juga aku tergamam.
Lelaki
itu .lelaki itu seperti coklat! Oh..tidak! Tidak!! Maksudku dia punya bau
coklat yang kuat. Seakan-akan bau coklat itu dihasilkan dari tubuhnya. Dan aku
.aku gemar bau itu.
`Isy,
apa kamu fikir ni, Hanis? Merepek betul! Mana ada orang keluarkan bau coklat.'
"Yes??"
soal lelaki itu dengan kening yang sedikit terangkat.
Aku
tersentak sejenak sebelum aku cepat-cepat menghulurkan pamphlet yang sedari
tadi berada di tanganku. "Saya nak join kelas ni."
Lelaki
itu mengerling sekilas pada pamphlet tersebut sebelum akhirnya menjawab dengan
tegas. "Kelas ni dah ditutup. I'm not teaching anymore."
Terkelip-kelip
mataku cuba menganalisa kata-katanya tadi.
"Huh?"
Lelaki
itu tersenyum kecil seraya mengambil pamphlet dari tanganku dan meletakkannya
di meja yang berhampiran. "Saya takkan mengajar lagi."
"Mana
boleh!" Tanpa sedar aku terjerit. Sedikit tersentak lelaki itu dengan
tindakan luar kawalanku.
Spontan
aku menggigit bibir. Ingin sahaja aku mengetuk kepala sendiri. Okey, kamu Cik
Hanis Nadiah, tolong behave sikit, boleh tak?
"Saya
minta maaf, cik. Tapi kelas ni memang dah ditutup," ujar lelaki itu
setelah beberapa saat kelihatan terperanjat dengan perangai anehku yang
enak-enak sahaja menjerit begitu tadi.
"Tapi,
kat dalam pamphlet ni tak ada pun tulis, kelas dah ditutup.." bidasku
kembali dengan nada yang sedikit berbaur tidak puas hati.
Lelaki
itu tersenyum nipis dan menggelengkan kepala. Sedang mentertawakan aku dalam
diam, mungkin. Tapi, aku tidak peduli. Yang penting sekarang adalah coklat itu.
Ya, coklat yang yummy itu
"Memang,
tapi saya ada hal penting yang perlu diuruskan. So kelas terpaksa ditutup dan
sekarang cik boleh keluar." Lelaki itu membalas seraya memalingkan tubuh.
"Jangan!
Encik tak boleh pergi!!" Tanpa sedar, sekali lagi aku terjerit.
Lelaki
itu terkaku seketika sebelum menoleh dengan wajah yang kelihatan sedikit aneh.
Seperti nakal! Pantas aku mengerutkan dahi. Lelaki ini kenapa?
"Cik
nak saya tanggalkan baju kat sini ke?" soal lelaki itu tiba-tiba.
Errk??
Apa jenis soalan ni? Apa kena-mengena kelas nak buat coklat dengan tanggalkan
baju? Lelaki ini lelaki ini penjahat, ke? Oh, tidak!!!
"Errr,
encik kenapa kenapa tanya macam tu?" tanyaku, takut-takut.
Meletus
ketawa kecil lelaki itu. Kemudian dia menghalakan bebola matanya ke bawah. Aku
turut sama mengikut pergerakan matanya. Dan
"Oh,
mak!" Aku terjerit lagi. Tanganku elok sahaja memegang hujung baju
kemejanya. Seakan-akan menariknya agar tidak boleh meninggalkanku. Serta-merta
aku melepaskan tangan dan mengangkat kedua-dua tangan itu ke atas, penuh dengan
lagak seorang pesalah yang baru sahaja disergah polis.
"Err
err..sorry." Dengan pipi yang kurasakan seakan membahang, aku memohon
maaf. Ya Allah, malunya!
Tanpa
disangka-sangka lelaki itu tiba-tiba sahaja memusing tubuhnya dan menapak
mendekatiku. Sedikit demi sedikit dengan wajah bersahaja yang kelihatan aneh
lagi pelik. Aku apalagi? Terus sahaja berundur ke belakang dan akhirnya melekat
di kaunter. Tiada tempat lagi untuk lari.
Lelaki
itu pula semakin mendekati dan tiba-tiba meletakkan tangannya di sebelah kiri
dan kanan kaunter, memerangkap aku dengan tubuh tegapnya.
"Err
encik encik " Tersekat-sekat suara yang keluar daripada kerongkongku.
Lelaki
itu menundukkan kepalanya sedikit dan bersuara perlahan.
"Marry
me."
Membuntang
mataku. Dia dia baru sahaja mengajakku kahwin? Ehhhhhh???
"Huh?"
Dan hanya itu sahaja yang mampu kututurkan. Sungguh! Aku terkejut!
Terbit
senyuman nakal di bibir lelaki itu.
"Marry
me and I'll teach you how to make chocolate."
Terkebil-kebil
mataku menatap wajah lelaki itu. Kahwin coklat coklat kahwin Eh, mamat ni ingat
aku dah terlampau terdesak sangat ke sampai sanggup kahwin dengan dia
semata-mata kerana coklat?
Tanpa
sedar, laju sahaja tanganku menolak tubuh lelaki itu. Sedikit tersorong ke
belakang lelaki itu dengan tindakan luar dugaanku.
"Encik
ingat saya ni apa? Saya bukan gila nak kahwin dengan encik sebab macam tu. Saya
bukannya kenal encik pun!" marahku penuh kegeraman.
Lelaki
itu mengjungkit bahu.
"Well,
it's just a suggestion. Macam saya cakap tadi, saya kena uruskan hal penting.
And that perkara penting adalah hal kahwin saya. Parents saya nak saya kahwin
sebelum umur saya genap tiga puluh tahun, which means lagi sebulan. And the
problem is saya tak ada calon isteri pun. Tadi saya ingat nak balik kampung
untuk pujuk parents saya. Tapi now, you're here. So maybe perkahwinan ni boleh
diteruskan." Panjang lebar penjelasannya. Sungguh bersahaja.
Melihat
betapa selambanya dia menuturkan kata, dapat aku rasakan perasaan geram yang
semakin membuak-buak dalam diri. Dia ni ingat aku ni apa? Perempuan tak ada
maruah yang boleh diajak kahwin kerana alasan yang remeh macam tu? Memang nak
kena pelangkung betul mamat ni!
"But
of course, itu bukan kahwin kontrak ke kahwin olok-olok ke. It's a real
marriage. Sebab mungkin " Kata-katanya terhenti saat dia menghalakan
pandangan tepat ke arahku, dengan pandangan yang sukar kumengertikan.
"Cik
adalah jodoh yang Allah hantar pada saya."
Aku
terkedu. Terpana. Terkesima. Tubuhku terasa keras tiba-tiba. Hilang sudah
perasaan geram dan marahku padanya tadi. Yang tersisa kini cuma perasaan
tergamam yang terlampau. Dan juga perasaan segan yang tiba-tiba menggebu dalam
diri. Aduh, apa dah jadi ni?
Aku
tersengih dan kemudian pura-pura ketawa. "Hahaha Encik ni janganlah buat
lawak macam ni."
"Siapa
cakap saya buat lawak?" Lelaki itu membidas kembali. "Saya selalu
percaya pada jodoh. Saya yakin bila tiba masanya, Allah akan hadirkan seseorang
untuk jadi teman saya, isteri saya. Sekarang waktu saya tengah buntu tentang
soal perkahwinan ni, cik muncul depan mata saya. So, yeah maybe you're the one
for me."
Yakin
sekali lelaki itu berkata-kata. Seakan tiada langsung riak ragu-ragu. Aku
menelan air liur yang tiba-tiba terasa kelat. Apa semua ni? Aku tahulah aku ni
single and available lagi, aku pun percayakan pada jodoh tapi, takkanlah macam
ni caranya aku jumpa jodoh aku? Dengan orang yang aku langsung tak kenal?
"Tapi..tapi
saya tak kenal encik, encik pun tak kenal saya." Aku akhirnya menjawab,
seakan memberikan alasan agar dia menarik balik kata-katanya tadi.
Lelaki
itu tersenyum tiba-tiba. "Waktu parents saya kahwin pun, diorang tak kenal
diri masing-masing. Lagipun, lepas kahwin kan kita boleh berkenalan lebih
lanjut. Saya akan cuba mengenali isteri saya, dan cik boleh cuba mengenali
suami cik."
Lidahku
kelu tanpa kata. Aku isteri dia? Dan dia suami aku? Ala, lembut sungguh nada
dia berbicara. Aku pula yang terasa berdebar tiba-tiba.
"So,
my future wife apa nama awak?" soal lelaki itu tiba-tiba.
Aku
tergamam buat seketika. Dan entah kenapa laju pula lidahku menjawab.
"Hanis Nadiah."
Terbit
senyuman di bibir bakal suamiku errk, alamak..kenapa aku boleh mengaku dia
bakal suamiku?
"And
your future husband is Alif Rifqi."
****
Okey, aku memang tidak betul. Aku kena masukkan diriku dalam Hospital Tanjung Rambutan, atau tak pun Hospital Tampoi. Macam mana aku boleh bersetuju dengan keputusan lelaki itu Alif Rifqi?
Ya,
aku Hanis Nadiah baru sahaja menerima pinangan Rifqi. Tadi sewaktu ibu bapanya
tiba ke rumah dan kemudian meminang bunga di taman iaitu aku, bersahaja sungguh
aku bersetuju untuk menerima lelaki itu saat abah dan umi menyoal.
Dan
yang lagi haru perkahwinan kami akan diadakan dua minggu lagi, serentak dengan
ulang tahun Rifqi yang ke tiga puluh. Apa aku buat ni?? Aku cuma nak belajar
macam mana nak buat coklat paling sedap kenapa pula boleh sampai ke tahap
kahwin ni?
Umi,
tolong Hanis, umi!!!
"Hanis,
kenapa tak dijawab telefon tu?" Tiba-tiba suara umi hinggap di telinga.
Pantas
aku menoleh ke arah umi yang tercegat di hadapan muka pintu. Umi dengar aku
panggil dia ke tadi? Wah, hebatlah umi boleh dengar panggilan hati aku.
"Ya
Allah, budak ni kenapa duk terkebil-kebil lagi tu? Takkan tak dengar bunyi telefon
kamu tu?" tempelak umi tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya.
Segera
aku mengalihkan pandangan ke arah telefon bimbit yang elok terletak di atas
meja solek. Yang sedang riang mengalunkan ringtone "All the love in the world" nyanyian The Corrs. Aku tersengih
pada umi sebelum cepat-cepat mengambil telefon itu.
Melalui
hujung mata, dapat kulihat umi yang menggelengkan kepala sebelum berlalu pergi.
Pasti dia merasakan anak daranya yang seorang ini sudah terserlah tahap tidak
betulnya.
"Helo,"
ujarku pada si pemanggil. Tidak bersemangat langsung.
"Helo,
sayang "
Oh,
mak! Siapa pula yang bersayang-sayang dengan aku ni?
"Siapa
sayang awak?" marahku. Geram!
Jelas
kedengaran bunyi ketawa lelaki di sebelah sana. Apa mamat ni gelak-gelak pula?
Dia pun sama macam aku? Sudah tidak betul? Putus urat kat otak? Gila?
"Sayang
ni takkanlah dah lupa saya kut. Tadi baru je jumpa parents saya," jawab
lelaki itu di sebalik sisa tawanya.
Aku
mengerutkan dahi. Jumpa parents dia? Aku cuma jumpa Ya Allah! Rifqi! Dia ni
Rifqi.
"Err..Rifqi
" balasku perlahan. Tangan kiriku sudah mula menggaru-garu kepala yang
tidak gatal.
"Haaa,
tahu pun! Kenal pun bakal suami sendiri, kan?" sergah Rifqi dalam nada
bergurau.
Spontan
aku memuncungkan bibir. Dia ni pun agak-agaklah, takkanlah aku tak kenal bakal
suami sendiri kut. Walaupun bakal suami itu bukanlah lelaki yang sangat
kukenali, apatah lagi kucintai. Hmmm mampu ke aku jatuh cinta dengan dia ni
nanti?
Pantas
aku mengetuk kepala. Apa yang aku fikir ni? Cinta? Rifqi sendiri pun tidak
pernah bercakap pasal cinta, kenapa pula aku yang fikir lebih-lebih?
"Hanis
" panggilnya tiba-tiba. Lembut.
"Hmm.."
jawabku, sekadar berbasi-basi.
"Thanks,
tau."
Dahiku
membentuk kerutan lagi. "Untuk apa?"
Terdengar
di hujung telingaku helaan nafas Rifqi. Lelaki ini kenapa? Seperti tiba-tiba
sahaja serius dan bermasalah? Isy, risau aku!
"Sebab
sudi terima pinangan parents saya tadi."
Aku
tergelak kecil. Rifqi Rifqi, sudah saya janji dengan awak, apa yang dirisaukan
lagi? Ya, memang apa yang jadi antara kami sangatlah pelik bin ajaib dan aku
sendiri pun sudah merasakan yang aku ini gila, tetapi aku bukan jenis manusia
yang akan memungkiri janji sesuka hati saja.
"Kenapa
awak gelak? Saya serius ni," ucap Rifqi, sedikit menempelak. Nampak sangat
tidak berpuas hati denganku. Isy, bakal suamiku ini kuat merajuk juga
rupa-rupanya.
"Awak
ni kan saya dah janji dengan awak yang saya akan setuju? Kenapa? Awak ingat
saya ubah fikiran, ke?" balasku bersahaja.
"Well
awak kan setuju nak kahwin dengan saya sebab kelas coklat tu? Manalah saya
tahu, kalau-kalau awak jumpa chocolaterie lain yang boleh ajar awak."
Aku
terdiam. Entah kenapa, nada suara Rifqi kedengaran jauh sekali. Seakan
menyimpan suatu rasa dalam suara itu. Perlahan aku menghela nafas. Otakku ligat
memikirkan jawapan yang sepatutnya aku berikan. Jawapan yang boleh menyenangkan
hatinya.
Okey,
kenapa aku boleh fikir pasal hati dia pula ni? Tadi cinta sekarang hati? Apa
dah jadi pada aku ni???
"Hanis,
awak dengar tak ni?"
Tersentak
aku mendengarkan suaranya yang sedikit kuat. Isy, tak reti-reti nak sabar ke
cik abang oi? Saya tengah fikir macam mana nak senangkan hati awak ni.
"Rifqi,
pasal kelas tu memang betul. Saya setuju sebab saya nak belajar buat coklat
daripada awak. Tapi "
Kata-kataku
terhenti. Tapi apa, ya? Kenapa aku boleh selamba saja bersetuju dengan kerja
gila ni?
"Tapi
apa, Hanis?"
"Tapi
err, tapi maybe betul kut saya ni untuk awak!"
Fuh,
terjawab juga akhirnya. Tapi apa aku jawab tadi? Saya untuk awak? I'm meant for
you? Oh, my...malu kot!!!
Rifqi
tertawa. Riang sekali. Sukalah tu sebab aku dah terlepas cakap macam tu.
"Awak
tahu, Hanis bila kita dah kahwin nanti, saya akan ajar awak buat sejenis coklat
paling special." Rifqi bersuara setelah tawanya mati.
"Coklat
apa?" soalku penuh dengan perasaan teruja. Oh, akulah peminat fanatik
coklat nombor satu di dunia ni!
"Coklat
cinta," bisik Rifqi perlahan dan penuh kelembutan sebelum dia tiba-tiba
sahaja mematikan telefon.
Mataku
membuntang. Tubuhku pula seperti kaku. Rifqi cakap apa tadi. Coklat cinta?
*****
"Rapat
lagi..rapat lagi.."
Spontan
aku menjeling ke arah jurugambar yang sedang menggerak-gerakkan tangannya
sambil mulut terkumat-kamit meminta aku dan Rifqi lebih rapat. Dia ni kan nak
rapat macam mana lagi? Aku dah dekat sangat dengan lelaki di sebelahku ini.
Tiba-tiba
aku dapat merasakan tangan Rifqi yang melekat di pinggangku. Pantas aku menoleh
ke arahnya dengan mata yang sedikit membulat. Lelaki itu hanya tersengih,
mengangkat kening dan kemudian
"Oh,
mak!" Aku terjerit saat dia selamba sahaja menarik pinggangku ke arahnya.
Sedar-sedar sahaja wajahku sudah pun tersembam ke arah dadanya. Aduh, sakitnya
kepala aku!
Pantas
aku mengangkat wajah dan alamak, dia tengah tenung aku. Perlahan aku menelan air
liur. Dadaku mula berkocak hebat. Oh, wahai jantung tolonglah jangan jadi macam
ni.
"Wah,
bagus-bagus macam nilah yang kita nak. Okey, stay macam tu " Suara
jurugambar tadi tiba-tiba singgah di hujung telinga.
Cepat-cepat
aku cuba menjarakkan tubuh. Malu!
"Shhh
jangan bergerak. Kan abang tu baru je pesan?" bisik Rifqi tiba-tiba.
Senyuman lebar tersungging di bibir nipisnya.
"Tapi
"
"Hanis
sayang jangan bergerak, okey?" tegas Rifqi sekali lagi. Matanya merenungku
dengan pandangan yang sungguh lunak. Alahai, ini yang aku lemah ni janganlah
tengok saya macam tu, Encik Alif Rifqi oi ..
"Yalah..yalah,
saya duk diam-diam. Saya ikut cakap abang photographer," ucapku akhirnya.
Makin
lebar senyuman Rifqi.
"Good
girl Puan Hanis "
Aku
menjeling ke arah Rifqi dan kemudian, tanpa dapat ditahan-tahan bibirku
menguntum senyuman. Ya, dia sudah sah sebagai suamiku.
"Okey,
stay macam tu ."
"Okey,
kacau perlahan-lahan "
Aku
mengerling ke bahu kananku. Elok sahaja dagu Rifqi mendarat di situ. Tangan
kirinya kemas memeluk pinggangku dari belakang. Tangan kanannya pula enak-enak
sahaja memegang tanganku yang sedang mengacau coklat di dalam periuk. Eh, suami
aku seorang ni macam mana aku nak masak coklat ni kalau dia asyik menempel
macam ni?
"Rifqi
"
"Abang."
Memuncung
bibirku mendengar kata-katanya tadi. Dia ni tak habis-habis cuba mengajar aku
memanggilnya �abang'. Sejak hari
pertama kami berkahwin. Tetapi mulutku ini susah benar untuk membiasakan diri
dengan panggilan itu. Nak buat macam mana, kan? Kami berkahwin ni pun sudah
ala-ala express aje. Manalah mudah untuk aku terbiasa dengan perkara-perkara
yang berkaitan dengan perkahwinan dan suami, bukan?
"La,
dia menyudu pulak dah. Tengok mulut tu isy, ada pulak yang kena kiss
tengah-tengah dapur ni." Selamba Rifqi bersuara. Wajahnya ditoleh sedikit
ke arah mukaku yang hanya beberapa inci jauhnya daripada mukanya sendiri.
Spontan
aku menggoyangkan bahu kanan. Terangkat dagu Rifqi dengan tindakanku itu.
"Aduh,
sakitlah dagu abang!" Rifqi mengaduh, sedikit kuat.
Aku
tersenyum puas sambil menayangkan riak selamba.
"Siapa
suruh cakap macam tu? Kan dah kena penangan padu saya." Aku membalas,
masih dengan riak berpuas hati. Haha, padan muka awak, Rifqi!
"Hanis.
Bukan saya' tapi Hanis', okey?" jawab Rifqi. Nada suaranya kedengaran sedikit
tegas.
Aku
mengerling sekilas ke arah Rifqi yang masih lagi menggosok dagunya. Isy,
kasihan pula dengan suamiku yang seorang ini. Perlahan aku melepaskan senduk di
tangan dan berpaling. Kepalaku didongakkan sedikit, mahu menatap wajahnya.
Perlahan-lahan aku mengangkat tangan kanan dan menyentuh dagu itu, mengusap
dengan penuh kelembutan.
"Sakit
lagi ke?" soalku perlahan.
Rifqi
membatu. Hanya hujung matanya yang mengerling ke arahku. Aku mengeluh dalam
hati. Alahai, sudah merajuk pulak dah orang tua seorang ni. Sabar jelah aku
dengan perangai dia ni.
"Yalah,
yalah Hanis abang, okey?" pujukku, lembut. Kali ini tanganku mula
mengusap-ngusap pipinya. Mahu memujuk suami yang sedang memendam rasa.
Tanpa
disangka-sangka, Rifqi menarik tanganku dan menggenggamnya erat. Sedikit demi
sedikit bibir nipisnya menguntum senyuman. Hatiku mula bersorak gembira.
Yesss!! Berjaya!! Senang sungguh memujuk dia.
"Coklat
kat belakang tu, sayang " Rifiq bersuara tiba-tiba.
Erkk,
coklat aku!! Serta-merta aku berpaling. Fuh..nasib baik tak hangus. Kalau tak,
mahunya aku makin hati berulam jantung berminggu-minggu. Yalah, ini dahlah kali
pertama aku buat coklat aku sendiri. Dah tu, aku nak bagi pada Rifqi pulak tu
sebab aku aku sayangkan dia?
Gulp,
aku menelan air liur sendiri. Aku sayangkan dia, ke? Cintakan dia, ke?
Entahlah, aku sendiri pun tak pasti. Yang aku tahu, dia suami aku yang sah. Dan
aku dengan relanya sudah pun berserah padanya, atas rasa tanggungjawab seorang
isteri.
"Hmm,
nasib baik tak jadi apa-apa. Sayang ni pun, tahulah abang kacak, bergaya, macho
"
Aku
mencebik saat mendengar setiap patah kata suamiku yang masih enak menempel di
belakangku. Perasan sungguh dia!
"Sebab
tulah Hanis asyik sangat tengok muka abang ni, sampaikan boleh lupa "
Alahai,
bila dia nak berhenti masuk bakul angkat sendiri ni? Ingin sekali aku tolak dia
jauh-jauh dan biarkan aku seorang kat dapur ni. Tapi, dia cikgu aku kalau bukan
dia yang mengajar aku, macam mana aku nak buat coklat paling best ni?
"Awa..err..abang,
dah jangan perasan lagi. Cuba tengok coklat ni, dah okey ke tak?" sampukku
selamba. Kalau aku tak buat macam tu, alamatnya sampai ke bila-bila pun aku
terpaksa menadah telinga mendengar semua itu.
Muncul
kepala Rifqi dari belakangku. Dan dengan lagak serius, dia mengacau coklat di
dalam periuk.
"Hmmm,
dah cukup likat. Now, masukkan dalam bekas ni dan lepas tu tunggu sejuk."
Sedikit tegas, dia mengarahku.
Mendengar
nada suaranya yang tegas, disertakan pula dengan wajah seriusnya, aku pula yang
bengkak dalam hati. Ala, tak maulah suami strict macam tu, nak yang
mengada-ngada tu, yang manja, yang suka merajuk tu
Isy,
apa aku fikir ni? Sempat pula fikir macam-macam!
"Okay,
done!" ujarku sedikit kuat. Teruja sangat bila melihat hasil kerja kerasku
sudah hampir siap. Bukan senang rupanya nak buat coklat sendiri. Nasib baik aku
kahwin dengan chocolaterie, tak payah susah-susah buat sendiri, buka mulut je
terus dapat coklat sedap! Coklat buatan Rifqi pula tu!
Rifqi
tertawa kecil. Ketawakan akulah tu. Nampak sangat kut!
"Memang
fanatik dengan coklat, ya?" bisiknya perlahan di hujung telinga.
Aku
menjeling dan dengan selamba aku menjawab. "Taklah, Hanis minat
chocolaterie kat sebelah ni. Tapi dia suka kacau Hanis, dia suka merajuk, dia
suka buat Hanis pujuk dia "
Dan
makin kuat pula suamiku meledakkan tawa.
*****
"Ala,
nape Hanis punya coklat tak sedap macam coklat abang?" Jauh nada suaraku.
Serius sedih sebab coklat aku tidak sesedap coklat Rifqi.
Lebar
senyuman di bibir suamiku. Isy, dia ni tak sensitif langsug. Orang tengah
sedih, boleh pula dia senyum-senyum macam tu? Sudah tidak betulkah, suamiku
sayang??
"Hmm
maybe sebab abang lebih sayangkan Hanis, daripada Hanis sayangkan abang? Sebab
tu coklat abang untuk Hanis lebih sedap daripada coklat Hanis untuk
abang." Masih dengan senyuman yang tersungging di bibir, Rifqi menjawab.
Tersirap
darah panas ke wajahku. Dan serta-merta juga perasaan tersinggung muncul dalam
hati. Aku tahu dia bergurau..tetapi entah kenapa, terasa sungguh hatiku dengan
kata-katanya itu. Ya, walaupun aku sendiri kurang pasti akan perasaanku
padanya, namun aku yakin akan satu perkara. Rifqi ada di hatiku.
Jadi
kenapa dia mesti mengatakan sayang aku padanya sedikit berbanding sayangnya
padaku? Lagi satu, dia sendiri pun tidak pernah mengatakan sayang jauh sekali
cinta padaku.
"Hei,
kenapa senyap tiba-tiba ni?" soal Rifqi tiba-tiba. Bahuku dicuit sedikit.
Aku
hanya mendiamkan diri. Mesti wajahku saat ini mencuka masam mengalahkan mangga
hijau. Tapi, aku tidak peduli. Aku memang tengah sedih tengah terasa dengan
Rifqi!
Rifqi
memegang kedua bahuku sebelum menarikku agar berhadapan dengannya. Lembut dia
mengangkat daguku, memaksa aku untuk menentang pandangan matanya. Aku hanya
mengikut tanpa reaksi.
"Hanis
terasa dengan abang ke?" Lembut dia menyoal. Matanya merenungku lembut dan
lunak.
Aku
memuncungkan mulut.
"Abang
ni nape cakap sayang Hanis kurang? Tak banyak?"
Terlepas
ketawa kecil Rifqi.
"So,
Hanis sayangkan abanglah ni?"
Spontan
aku menampar lengannya. "Tanya lagi!"
"La..dah
orang tu tak pernah cakap, abang tanyalah." Rifiq membalas.
"Eleh,
abang pun sama...tak pernah cakap pun," bidasku kembali. Yalah, betul apa
dia memang tak pernah pun nak meluahkan perasaan ke apa. Dia tak tahu ke aku ni
perempuan, isteri dia pula tu aku pun nak juga dengar kata-kata jiwang, kata-kata
manis dari mulut dia.
Rifqi
tertawa lagi.
Aku
mencebik. Isy, dia ni kan kenapalah suka sangat ketawakan aku saat aku
marah-marah macam ni?
"Siapa
bilang abang tak pernah cakap?" soalnya lembut.
Aku
mengerutkan dahi. Eh, memang Rifqi tak pernah cakap dia sayangkan aku. Kalau
pernah, confirm aku ingat. Melekat terus dalam otak.
"Tak
ingat, ek?" tanyanya lagi. Hujung hidungku dicuit.
"Memang
pun. Abang mana pernah cakap." Aku menjawab, sedikit kuat dengan nada
tidak puas hati.
"Isy,
sayang ni nak kata dah tua, memang taklah. Tapi, macam mana boleh lupa ni? Kena
short-term memory loss, ya?" usik Rifqi lagi. Tidak terkesan langung
dengan tingkahku yang mula kegeraman.
"Abang
ni!" Aku terjerit. Geram! Isy, sabar jelah aku dengan dia ni.
Rifqi
ketawa lagi sebelum tiba-tiba meraih aku ke dalam rangkulannya.
"Coklat
cinta. Tak ingat ke, sayang?" Lembut dia berbisik di hujung telingaku.
Aku
tergamam dalam pelukan hangatnya. Coklat cinta? Macam pernah dengar je. Itu
yalah, malam tu! Malam lepas aku terima pinangan dia. Malam dia tiba-tiba
mematikan telefon macam tu aje.
"Hanis
tahu tak..betapa malunya abang lepas cakap tu? Sebab tulah abang hang up macam
tu aje. Mulut abang ni pun kenapalah boleh terlepas cakap?"
Melebar
senyuman di bibirku. Aish, sweet pulak suamiku seorang ini. Ingatkan tak
romantik langsung.
"Oh,
terlepas cakap ek? So, abang tak betul-betul maksudkan kata-kata abang
tu?" soalku dengan nada yang dibuat-buat merajuk. Sengaja mahu
mengusiknya. Itulah, siapa suruh usik aku sangat?
Rifqi
tiba-tiba sahaja meleraikan pelukan dan menolak bahuku, sedikit menjauhi
tubuhnya.
"Siapa
cakap? Hanis jangan berani nak cakap macam tu." Tegas sekali Rifqi
menuturkan kata. Matanya tajam merenungku.
Gulp!
Alamak, Rifqi macam marahlah.
"Err
Hanis..Hanis "
"Hanis
tahu tak, apa yang abang cakap tu betul-betul datang dari hati abang? Maybe
Hanis susah nak percaya, tapi..abang memang memang " Kata-kata Rifqi
terhenti tiba-tiba. Tangan kanannya mula memicit belakang leher. Wajahnya
kulihat sedikit demi sedikit memerah. Aku menahan tawa dalam hati. Alahai,
tengah malu-malu ke cik abangku sayang? Comelnya dia.
"Memang
apa?" Sengaja aku menyoal. Kening kuangkat tinggi. Nakal!
Rifqi
mengecilkan matanya, menundukkan kepala hingga dahinya menyentuh dahiku.
"Ini tengah sakat abang ek?"
Aku
tersenyum lebar, membalas pandangan matanya yang dekat benar.
"Tak
adalah tengah sakat. Hanis tanya betul ni."
"Betul
nak tahu?" soal Rifqi, dengan dahi yang masih setia melekat pada dahiku.
Sudah seperti kembar siam!
"Betul.
100% betul." Aku menjawab, penuh bersemangat.
Rifqi
mendiamkan diri. Hanya matanya yang merenung mataku. Lama. Terkebil-kebil aku
cuba membalas. Jantungku mulalah berkocak hebat. Aduh, lemah semangat tengok
renungan maut dia.
"Abang
memang jatuh hati pada Hanis, waktu pertama kali kita jumpa." Tenang,
gemersik dan lembut suara Rifqi menjamah telinga. Kemudian dia mengangkat
kembali kepalanya dan menyandar pada kabinet dapur.
Aku
terkaku. Diam tanpa reaksi. Jatuh hati waktu pertama kali jumpa?
"Betul?"
soalku akhirnya. Perlahan.
Rifqi
menggigit bibir. "Err abang tipu."
Dapat
kurasakan mulutku yang mula melopong. Dia tipu? Maksudnya dia tak jatuh hati
pada akulah?
"Isy,
janganlah terkejut macam tu sekali. Masuk lalat dalam mulut tu nanti."
Selamba Rifqi bersuara, dengan sengihan di bibir.
"Abang
ni!" Aku terjerit.
"Hei,
janganlah sedih macam tu sekali. Isy, sayang sangat dengan abang rupanya isteri
abang seorang ni," sakat Rifqi lagi. Tangannya mula menarik aku ke
arahnya. Mahu tak mahu, aku mengikut dengan muka yang sengaja dikelatkan.
Lembut
Rifqi memegang pipiku.
"Abang
tak tahu bila masanya abang jatuh hati pada Hanis. Maybe waktu Hanis tunjukkan
pamphlet tu, maybe waktu Hanis pegang hujung baju abang or maybe waktu Hanis
menjerit tiba-tiba tu "
Menyerbu
rasa malu ke pipiku. Isy, part aku menjerit dan pegang hujung baju tu jugalah
yang dia ingat. Malulah!
"Tapi,
yang pastinya waktu Hanis tengok abang masa Hanis tarik baju abang tu, hati
abang mula rasa lain macam. Sebab tulah, abang dengan selambanya boleh ajak
Hanis kahwin. Memang terkeluar terus perkataan kahwin dari mulut abang."
Aku
tersenyum manis. Hangat sungguh hatiku dengan pengakuannya. Jadi keputusannya
itu memang bukan kerana ibu bapanya semata-mata, tetapi kerana hatinya juga.
"Abang
tahu Hanis rasa terkejut, mesti rasa abang ni gila, kan?"
Pantas
aku mengangguk. "Memang betul pun."
Terlopong
mulut Rifqi sebelum akhirnya menjatuhkan tangannya yang sedari memegang pipiku.
Kemudian dia menarik hidungku.
"Perlu
ke setuju tadi?"
Aku
tergelak sambil menggosok hidungku. Rifqi ni sesuka hati je tarik hidung aku!
"Tapi,
kenapa Hanis setuju?"
Tersentak
aku dengan soalannya yang tiba-tiba. Tergamam buat seketika. Yalah, kenapa ya
aku boleh bersetuju? Takkanlah hanya kerana aku mahu belajar macam mana nak
buat coklat deripadanya? Ah, mustahil! Aku bukan jenis yang akan memperjudikan
nasibku, menyerahkan diriku pada seorang lelaki hanya kerana sebab sebegitu.
"Kenapa?"
Rifqi menyoal lagi. Lembut.
Aku
menarik nafas dalam-dalam sebelum akhirnya mendekati suamiku dan mengambil
tempat di sebelahnya. Sama-sama menyandar pada kabinet dapur. Perlahan aku
memeluk lengan Rifqi dan menjatuhkan kepalaku ke sisi bahunya.
"Eh,
nak bermanja pula dia."
Tersenyum
aku mendengarkan komen Rifqi. Namun aku tidak mempedulikannya sebaliknya aku
mula besuara perlahan. "Entahlah, Hanis sendiri pun tak tahu kenapa Hanis
boleh setuju macam tu aje, sedangkan sebelum ni kalau ada yang cakap macam tu,
confirm kena penampar siam Hanis "
Jelas
kedengaran di telingaku bunyi Rifqi yang tergelak kecil. Aku melebarkan senyum.
Suamiku ini suka sangat gelakkan aku. Lucu sangat ke aku ni?
"Tapi
maybe apa yang abang cakap tu buat hati Hanis macam tak mampu tolak
abang," sambungku lagi.
"Apa
yang abang cakap?"
Aku
mengangguk. "Yang mungkin Hanis adalah jodoh yang Allah hantar pada abang.
Masa tu elok-elok aje Hanis nak marah abang, boleh terus diam."
Rifqi
menoleh tiba-tiba.
"Oooo,
masa tu ada hati jugalah nak bagi penampar siam kat abang ya?"
Aku
tersengih. "Opps.."
Meledak
tawa Rifqi.
"Isteri
abang ni ganasnya dia!" jerit Rifqi di sebalik sisa tawanya.
Pantas
aku menyiku perut Rifqi. "Abang!!"
Lagi
kuat pula ketawa Rifqi, seolah-olah tindakanku menyikunya tiada kesan langsung.
Tidak sakitkah wahai suamiku?
"Thanks
tau, sebab setuju masa tu. Kalau tak, tak tahulah apa abang patut buat."
Rifqi bersuara setelah tawanya mati.
"Abang
kenalah tackle Hanis. Buat macam orang lain buat tu " Aku menjawab
selamba.
"Eh,
tak naklah!" balas Rifqi pula.
Aku
mendongak ke arahnya dengan kerutan di dahi.
"Kenapa
tak nak?" Aku menyoal bersama nada tidak puas hati. Yalah, cakap suka kat
aku kenapa pula tak nak cuba mendekati aku? Mengurat aku?
Rifqi
mengerling sekilas padaku dan dengan lagak penuh selamba, dia menjawab.
"Tackle macam tu tak best."
"Kenapa
tak best?" soalku kembali. Masih sedikit geram padanya.
Tidak
semena-mena Rifqi meraih aku ke dalam pelukannya, membawa aku rapat kepadanya.
"Apa
yang bestnya cuba mengurat perempuan yang tak halal bagi abang? Abang tak boleh
buat apa-apa pun pada dia " bisik Rifqi di hujung telingaku.
Menyerbu
darah panas ke pipiku. Rifqi ni kan
"Abang
tak boleh sentuh dia .abang tak boleh "
"Abang!
Dah, jangan cakap apa-apa lagi," sampukku seraya menampar dadanya. Dia ni,
kalau tak dihalang, entah apa yang akan keluar dari mulut tu.
Rifqi
meleraikan pelukan tiba-tiba, namun kedua-dua tangannya masih setia melekat di
sisiku.
"Betul
apa bang cakap ni, kan? Kalau tackle Hanis masa tu, abang tak boleh buat macam
ni..........."
Dan
perlahan dia mengucup pipiku lembut. Aku terkedu buat seketika sebelum akhirnya
menguntum senyuman di bibirku. Alahai, sweet sungguh suamiku yang seorang ini.
Manis sekali! Manis macam coklat yang biasa dia hasilkan.
Tetapi
.manis lagi cintanya padaku!
*******